Tuesday, November 20, 2012

10 Klip Video Youtube Teknologi & Inovasi (Aspek Pendidikan Humour)

Pendidikan merupakan satu proses yang penting untuk membina komuniti yang berakhlak tinggi di samping dapat menjana kemajuan negara. Namun, ramai murid yang tercicir daripada landasan pendidikan disebabkan kaedah pendidikan yang bosan. Dengan mengaplikasikan kaedah humour ke dalam pendidikan, hal ini dapat menjana kreativiti murid dan menguatkan pengingatan murid-murid.

Klip Video 1: Badut Kelas (Class Clown)
Kisah seseorang guru yang menggunakan kaedah lawak dan mesra dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah yang dikatakan amat membosankan. Dengan aksi-aksi lawak dan kostum yang bersesuaian, murid-murid dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan berkesan, malahan, ada yang ketawa semasa menduduki peperiksaan apabila terkenang aksi-aksi lawak gurunya.




Klip Video 2: Guru yang mementingkan "praktikal" daripada "teori"
Guru ini menggunakan kaedah pengajaran yang praktikal dan empirikal dan bukan semata-mata bergantung kepada teks buku dan teori sahaja. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar dan lebih senang untuk diingat.



Klip Video 3: Guru yang gemar "RINGKAS"
Kaedah pengajaran yang "complicated" biasanya susah untuk diterima oleh pelajar. Dengan kaedah yang ringkas dan berunsur lawak, pelajar lebih senang untuk menerimanya.





Klip Video 4: Guru tidak sememangnya betul
Walaupun guru dalam klip video ini bertutur dalam bahasa Inggeris dalam bahasa pasar, namun hal ini sekurang-kurangnya memberi kesedaran terhadap pelajarnya bahawa pelajaran boleh berasal daripada kesalahan.





Klip Video 5: Kaedah pengajaran Matematik yang lawak dan BERTEKNOLOGI!
Mata pelajaran Matematik memerlukan guru yang kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar agar memahaminya. Dengan bantuan alatan yang berteknologi dan aksi-aksi lawak guru, sememangnya ia dapat memberi satu sesi pengajaran yang baik kepada pelajar.





Klip Video 6: Kaedah pengajaran dan pembelajaran Geografi dengan penggunaan peralatan
Cara pengajaran tidak semestinya berbentuk 1 hala. Ia boleh melibatkan dua hala antara guru dan pelajar. Pelajar wajib berfikir dan hal ini dapat menjana minda yang kritis dan kreatif.





Klip Video 7: Guru Korea di Afrika
Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah pelajar adalah bersifat pengacau dan nakal. Namun, kemungkinan mereka adalah cerdik dan memerlukan perhatian yang lebih. Oleh hal yang demikian, jika anda dapat mengetahui karenah seseorang pelajar, anda akan dapat "mengawal" pelajar tersebut.





Klip Video 8: Guru Jepun mengajar Inggeris
Seseorang guru tidak semestinya lebih pandai daripada muridnya. Sebutan seorang guru Jepun dalam bahasa Inggeris tidak secekap pelajar Inggerisnya, namun beliau mengajar mereka menyebut bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun.





Klip Video 9: Cara pensyarah mengekalkan perhatian pelajarnya
Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar tidak memberi perhatian semasa dalam kelas adalah perkara yang biasa dan menyedihkan. Namun dengan cara yang bijak, pelajar akan memberi perhatian dan tidak bermain dengan telefon bimbit mereka.




Klip Video 10:  Guru Fizik yang lawak
Sesebuah sesi pengajaran yang baik memerlukan guru yang baik dan tidak gementar apabila berhadapan dengan sebarang kejadian yang tidak terfikir.



6 comments:

  1. Saya amat tertarik dengan video pertama Vincent!!
    Guru bertanggungjawab mendidik insan cemerlang.. bukan robot peperiksaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Betul tu, harap-harap guru zaman ini dapat menerapkan nilai kreatif kepada proses pembelajaran dan pengajaran supaya generasi akan datang dapat bersaing dengan negara lain.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. lawak betul video ke-4 tu! Bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun!! HAHA!!!

    ReplyDelete
  4. Sistem pendidikan negara kita amat mementingkan peperiksaan, sehingga ada murid yang bunuh diri kerana kecewa dengan keputusan.
    Rujuklah sistem pendidikan Finland! Sistem pendidikan yang paling baik di dunia! Ayuh!

    ReplyDelete
  5. Satu bentuk pengajaran yang amat baik untuk dipraktikkan. Sememangnya guru Malaysia ini hanya menitikberatkan tentang fokus mereka terhadap peperiksaan tanpa menyedari bahawa pelajar-pelajar ini sebenarnya memerlukan ruang untuk mendapatkan sedikit hiburan. Hiburan ini sekiranya dilaksanakan mengikut "procedure" yang betul ianya tidak akan mendatangkan masalah malah saya rasa pelajar-pelajar akan lebih berminat untuk mendalami ilmu.

    ReplyDelete