Friday, December 14, 2012

Video Kumpulan - Sopan Santun Amalan Mulia


Keperibadian individu itu amat penting dalam pergaulan harian. Ia dapat menunjukkan sifat dan sikap seseorang sama ada baik atau teruk yang mencerminkan keperibadian masing-masing. Sekiranya seseorang itu tidak berkelakuan baik, maka beliau akan dikritik, dicemuhi, dimarahi, malah dibenci oleh masyarakat.

Dalam video ini, saya dan ahli kumpulan saya yang lain, Kong Cheah Shien telah menyedari bahawa generasi sekarang sudah tidak lagi mementingkan budi bahasa dan sopan santun dalam kehidupan seharian. Di universiti, mereka hanya mengejarkan pencapaian akademik dan ko kurikulum sahaja sehingga mereka melupakan sikap baik itu adalah perkara asas kepada segalanya. Dalam video tersebut, kita telah menunjukkan sikap generasi muda yang tidak disenangi oleh semua orang (malangnya, ia masih berlaku dalam masyarakat sekarang). Oleh itu, video ini secara ketaranya memperlihatkan impak seseorang yang biadap adalah diboikot orang ramai. Dalam video ini, saya akan berlakon sebagai seorang mahasiswa yang angkuh dan tidak berbudi pekerti untuk menggambarkan keperibadian seseorang yang negatif. 

Sekarang... Cuba anda fikirkan dan tanya kepada diri anda... Adakah anda pernah berkelakuan seperti saya (dalam video tersebut, tetapi bukan secara realitinya)? Adakah anda beranggapan bahawa anda bertindak secara betul? Adakah anda inginkan kejadian tersebut menimpa atas dirinya? Renungkanlah

BBM bukan Elektronik

Salam sejahtera, di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang hasil BBM saya, iaitu sebuah KOTAK SEBERGUNA yang dihasilkan daripada CD buangan. Kotak ini amat berguna apabila digunakan meletakkan barang-barang saya yang senantiasa bertaburan di meja ulang kaji saya di kolej. Telefon bimbit, makanan, buku nota dan lain-lain selalu menyebabkan meja saya nampak amat berselerak. Saya selalu akan membazir masa untuk mencari barang-barang yang kecil seperti kunci dan lain-lain.

Kotak seberguna ini diperbuat daripada CD buangan, bekas CD dan juga tali. Semua bahan ini merupakan bahan buangan dan tidak memerlukan sebarang kos. Saya hanya perlu meminjam hot glue gun daripada kedai saya dan semua ini adalah percuma. Proses ini sangat senang dan tidak membebankan, malah dapat menghasilkan dalam masa yang singkat. Yang paling penting ialah: Ia adalah dihasilkan oleh diri sendiri dan secara langsung dapat kitar semula bahan buangan dan menyumbang kepada kepada kebersihan alam sekitar.

1.


  2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.



10.





Video tutorial kotak seberguna CD.




Wednesday, December 5, 2012

Senjata Pemusnah yang Dahsyat (Senjata Biologi dan Kimia)


            Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, tiada lagi istilah “keamanan” di dunia ini. Setiap hari kita difahamkan terdapat peperangan yang berlaku di pelosok dunia. Kerakusan manusia yang semakin serius menyebabkan keadaan kucar-kacir berlaku.  Senjata yang digunakan dalam peperangan sangat canggih dan boleh menghapuskan bilangan musuh yang amat tinggi dalam sekelip mata. Rifle, bom tangan, kereta kebal dan jet pejuang bukan lagi senjata yang canggih dan digeruni. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki telah membuka tirai senjata moden yang sangat dahsyat kuasa pemusnahnya. Senjata nuklear, senjata biologi dan senjata kimia adalah hasil kecanggihan teknologi dalam bidang ketenteraan yang mampu memusnahkan segala-gala dalam jangka masa pendek. Senjata-senjata tersebut seolah-olah menjadi kunci bagi gerbang kiamat. Senjata biologi dan senjata kimia, selain senjata nuklear, adalah antara senjara pemusnah era moden. Penggunaan senjata biologi seperti Anthrax dan senjata kimia seperti gas saraf dalam peperangan serta pelbagai serangan keganasan semakin berkembang dan menjadi ancaman terbaharu kepada dunia sejagat. Penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan buruk kepada masyarakat dan dunia.
           

ANTRAX

            Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan apa-apa senjata dalam sebarang bentuk keganasan dan peperangan akan meragut nyawa manusia. Namun, dalam kes senjata biologi dan senjata kimia, penggunaannya dapat menyebabkan kehilangan nyawa yang dahsyat. Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh dalam sekelip mata. Senjata biologi yang menggunakan bakteria Anthrax, misalnya, membunuh manusia tanpa disedari. Hal ini demikian kerana bakteria Antrax tidak mempunyai bau dan warna dan dapat tersebar melalui udara dan meliputi kawasan sasaran yang luas. Keadaan ini mengakibatkan pelbagai komplikasi buruk. Mangsa akan mati dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Begitu juga halnya dengan senjata kimia yang juga dapat merebak dengan pantas.


AGENT ORANGE

            Penggunaan senjata-senjata berbahaya ini, khususnya senjata kimia, menyebabkan mangsa serangan mengalami kecacatan fizikal. Dalam perang Vietnam, misalnya, tentera Amerika Syarikat telah menggunakan sejenis bahan kimia bernama agent orange. Bahan kimia ini ditaburkan oleh tentera Amerika Syarikat ke dalam hutan bagi menggugurkan daun serta menggondolkan hutan supaya dapat mengesan tentera musuh. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan toksik ini bukan sekadar menggugurkan daun tetapi telah meresap masuk ke dalam tanah, air, malah terbebas di udara. Bahan kimia ini kemudiannya meracuni ekosistem dan rantaian makanan. Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami penyakit kulit yang serius, malah ada mangsa yang buta, mengalami masalah keguguran rambut, dan sebagainya. Mangsa yang termakan ikan dan sayur-sayuran yang tercemar oleh bahan ini mengalami kerosakan organ dalam badan.


GAS SARAF

            Penggunaan senjata kimia dalam peperangan, khususnya gas saraf, mampu melumpuhkan dan merosakkan sistem saraf manusia. Gas ini juga dapat menjelaskan serta menghilangkan terus daya ingatan seseorang. Kewarasan fikiran mangsa terjejas dengan teruk. Mereka tertawa atau menangis tanpa henti serta tidak dapat mengawal pancaindera mereka. Ada mangsa yang bertindak ganas dengan membunuh sesiapa sahaja. Tentera Jerman menggunakan gas ini dalam Perang Dunia Kedua dalam usaha hendak menghapuskan musuhnya.  Sebagai akibatnya, banyak mangsa menjadi gila dan akhirnya mati.


MUTASI SEL

Selain itu, penggunaan senjata kimia juga dapat menyebabkan berlakunya mutasi gen. Sebagai contoh, bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat dan keadaan ini mengakibatkan mangsanya mengalami mutasi. Dalam hal ini, genetik atau DNA mangsa akan berubah dan cacat lalu menyebabkan berlakunya mutasi sel dalam badan.  Sebagai kesan daripada keadaan tersebut, mangsa mudah menghidapi pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami kecacatan anggota malah tidak kurang juga yang terencat akal. Daya tahan mangsa terhadap penyakit turut merosot dengan teruk dan sesetengah mangsa mengalami kemandulan. Dengan kata yang lain, senjata kimia mengakibatkan peningkatan kes kelahiran bayi cacat, kadar mortaliti, dan penyakit kanser untuk jangka masa panjang.


BOM KIMIA

            Penggunaan kedua-dua jenis senjata maut itu juga mengancam keamanan dunia. Dengan adanya perkembangan teknologi, senjata sedemikian dapat dihasilkan dengan mudah dan kini semakin canggih pula. Senjata biologi yang menjadikan bakteria berbahaya sebagai bahan utama dapat dihantar atau disebarkan melalui pos. Bom-bom kimia pula dapat dihasilkan dengan mudah di tempat-tempat serangan disasarkan. Kecanggihan ini memudahkan pengganas antarabangsa menjalankan misi mereka menyerang sesuatu lokasi atau negara. Keadaan ini mewujudkan kebimbangan manusia sejagat lalu menyebabkan penderitaan berlarutan.


PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Selain itu, senjata kimia turut mencemarkan dan merosakkan sistem ekologi alam sekitar. Senjata kimia “agent orange” yang digunakan tentera Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam telah menyebabkan pokok-pokok kelayuan lalu mati. Hal ini kemudiannya menyebabkan berlakunya penggondolan hutan dan pencemaran alam sekitar. Kerosakan ekologi alam sekitar ini pula menyebabkan hidupan liar pupus manakala kemusnahan hutan telah menjejaskan kawasan tadahan air.


ISI/ KANDUNGAN 7
Untuk mencegah penggunaan senjata maut sedemikian, undang-undang antarabangsa perlu dikuatkuasakan. Sehubungan dengan itu, undang-undang yang mengharamkan senjata nuclear, kimia, dan bakteria seperti yang termaktub dalam Konvokesyen Geneva perlu dipatuhi. Hal ini bermakna, semua negara perlu mengharamkan penghasilan dan penggunaannya. Semua negara besar hendaklah diwajibkan melucutkan senjata kimia dan senjata biologi yang dimiliki.


PENYELESAIAN PBB

            Penubuhan badan pemantauan terhadap penguatkuasaan undang-undang juga perlu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan peranan dengan melarang mana-mana negara menghasilkan dan menggunakan senjata kimia dan biologi. Dalam hal ini, pasukan permeriksa senjata PBB diberi kuasa untuk menyiasat negara yang disyaki menghasilkan senjata tersebut. Stok yang dimiliki mereka hendaklah dimusnahkan. Jika negara tersebut enggan memberikan kerjasama, pihak PBB berhak mengenakan sekatan ekonomi dan ketenteraan terhadap negara tersebut.


Video yang menjelaskan senjata biologi mempunyai impak negatif ke atas alam sekitar.

KESIMPULAN
            Jelas bahawa penggunaan senjata kimia dan biologi lebih banyak memudaratkan kehidupan semua makhluk di dunia ini. Banyak mangsa yang berkorban dan mengalami kecacatan manakala alam sekitar tercemar teruk. Oleh hal yang demikian, penggunaan senjata berbahaya yang merosakkan tamadun manusia ini wajar diharamkan terus supaya keamanan sejagat dapat diwujudkan. Untuk melaksanakan pengharaman itu, pertubuhan yang mewakili kepentingan semua negara di dunia ini perlu menguatkuasakan undang-undang itu tanpa memilih negara kaya atau negara miskin.