Friday, December 14, 2012

BBM bukan Elektronik

Salam sejahtera, di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang hasil BBM saya, iaitu sebuah KOTAK SEBERGUNA yang dihasilkan daripada CD buangan. Kotak ini amat berguna apabila digunakan meletakkan barang-barang saya yang senantiasa bertaburan di meja ulang kaji saya di kolej. Telefon bimbit, makanan, buku nota dan lain-lain selalu menyebabkan meja saya nampak amat berselerak. Saya selalu akan membazir masa untuk mencari barang-barang yang kecil seperti kunci dan lain-lain.

Kotak seberguna ini diperbuat daripada CD buangan, bekas CD dan juga tali. Semua bahan ini merupakan bahan buangan dan tidak memerlukan sebarang kos. Saya hanya perlu meminjam hot glue gun daripada kedai saya dan semua ini adalah percuma. Proses ini sangat senang dan tidak membebankan, malah dapat menghasilkan dalam masa yang singkat. Yang paling penting ialah: Ia adalah dihasilkan oleh diri sendiri dan secara langsung dapat kitar semula bahan buangan dan menyumbang kepada kepada kebersihan alam sekitar.

1.


  2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.



10.





Video tutorial kotak seberguna CD.




7 comments:

  1. gam dari hot glue gun ni tahan sebenarnya.. tambahan dengan pengukuhan tali. Saya rasa kukuh

    ReplyDelete
  2. Kreatif. Tapi ada pengingatan mesra di sini: Jangan letakkannya di tempat yang hangat seperti kereta. Kerana CD ini akan mengeluarkan gas beracun.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan! Saya pun pernah terbaca tentang ni. Tapi saya letak di meja jer. Jangan risaulah.

    ReplyDelete
  4. Wah! boleh letak Ipad lagi tu!! Bagaimanakah CD yang keras tu dipotong?

    ReplyDelete
  5. Guna marker pen untuk tanda, dan potong guna gunting?
    Sila rujuk video tutorial saya tq.

    ReplyDelete
  6. Satu kreativiti yang boleh diaplikasikan dan ianya adalah mesra alam!!! Idea yang bagus.

    ReplyDelete