Friday, December 14, 2012

Video Kumpulan - Sopan Santun Amalan Mulia


Keperibadian individu itu amat penting dalam pergaulan harian. Ia dapat menunjukkan sifat dan sikap seseorang sama ada baik atau teruk yang mencerminkan keperibadian masing-masing. Sekiranya seseorang itu tidak berkelakuan baik, maka beliau akan dikritik, dicemuhi, dimarahi, malah dibenci oleh masyarakat.

Dalam video ini, saya dan ahli kumpulan saya yang lain, Kong Cheah Shien telah menyedari bahawa generasi sekarang sudah tidak lagi mementingkan budi bahasa dan sopan santun dalam kehidupan seharian. Di universiti, mereka hanya mengejarkan pencapaian akademik dan ko kurikulum sahaja sehingga mereka melupakan sikap baik itu adalah perkara asas kepada segalanya. Dalam video tersebut, kita telah menunjukkan sikap generasi muda yang tidak disenangi oleh semua orang (malangnya, ia masih berlaku dalam masyarakat sekarang). Oleh itu, video ini secara ketaranya memperlihatkan impak seseorang yang biadap adalah diboikot orang ramai. Dalam video ini, saya akan berlakon sebagai seorang mahasiswa yang angkuh dan tidak berbudi pekerti untuk menggambarkan keperibadian seseorang yang negatif. 

Sekarang... Cuba anda fikirkan dan tanya kepada diri anda... Adakah anda pernah berkelakuan seperti saya (dalam video tersebut, tetapi bukan secara realitinya)? Adakah anda beranggapan bahawa anda bertindak secara betul? Adakah anda inginkan kejadian tersebut menimpa atas dirinya? Renungkanlah

8 comments:

  1. Hahaha!! Menarik sungguh Vincent ni.. tapi ikhtibar yang dapat diperolehi banyak sungguh!
    Peliharalah nilai murni ini selama-lamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari... ya!! memang betul apa yang diperkatakan itu.
      Namun, nak amalkan memang susah, bukan??

      Delete
  2. Bak kata pepatah: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Kerana mulut badan binasa!

    ReplyDelete
  3. Jadilah insan yang rendah diri dan senantiasa berbudi bahasa. Vincent, janganlah jadi sombong lepas masuk UKM ya! Haha! Joking~

    ReplyDelete
  4. Adui. Saya sentiasa rendah diri. Ini lakonan jer. Jangan serius sangat haha!

    ReplyDelete
  5. Lakonan video ini pada saya adalah salah satu contoh yang baik yang boleh diterjemahkan dalam kalangan mahasiswa masa kini. Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa sikap mahasiswa pada abad "millenium" ini kebanyakannya bersifat sedemikian. Pada pendapat saya, arus teknologi antara faktor yang menyebabkan golongan mahasiswa khususnya bersikap sedemikan walau pun diakui bahawa ianya mendatangkan kebaikan dalam masa yang sama.Secara peribadi saya berpendapat bahawa arus teknologi ini juga realitinya telah menghalang proses komunikasi sosial yang seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni yang baik

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan komen saudari Najwa. Mahasiswa sekarang lebih cenderung kepada laman web sosial yang membolehkan mereka terdedah kepada budaya negatif, seperti egoisme.

    ReplyDelete